Skuad badminton negara bakal berdepan laluan berliku di Sukan Olimpik Tokyo Julai depan apabila hanya satu wakil negara sahaja dijangka diletakkan sebagai pilihan di temasya itu.<br />Cabaran buat beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menanti undian penuh debar, sama ada bakal berentap dengan gergasi Indonesia, China dan Jepun di pusingan awal.
